Monday, 4 January 2010

PAS adakan mesyuarat khas bincang isu nama Allah

KUALA LUMPUR, 3 Jan: PAS memanggil mesyuarat khas Lajnah Politik, iaitu lajnah paling berpengaruh dalam parti itu bagi membincangkan beberapa perkembangan terbaru termasuk isu penggunaan nama Allah oleh agama Kristian. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mesyuarat itu akan diadakan malam esok di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. "Kita turut menjemput AJK PAS Pusat dalam mesyuarat khas ini," kata Mustafa kepada Harakahdaily. Mesyuarat ini dijangka membincangkan secara mendalam keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah milik aktivis Kristian, Herald, untuk menggunakan nama Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris. Sejak keputusan itu dibuat, kelihatan pemimpin PAS tidak seragam pandangan mereka dalam isu ini. Mesyuarat ini dijangka akan memberikan kata putus apakah pendirian bersama parti Islam itu dalam isu ini. Anggota utama lajnah politik adalah pemimpin kanan PAS di samping beberapa pemimpin yang tidak berada dalam AJK PAS Pusat termasuk Khalid Samad, YDP PAS Shah Alam yang juga anggota Parlimen kawasan tersebut.

Thursday, 31 December 2009

cybercafe untuk dijual

Puan Siti Rohani bte Md. Rejab owner cybercafé

Ingin menjual kafe dengan kadar segera “Kafe Chinta.com”

Alamat: F-G-7 Block F

No. 8, Jln. PJU 1A/20D

Dataran Ara Damansara

47301 Petaling Jaya

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Puan Siti: 017-5477124

Puan Rohani depan Kafe Chinta.com

Wednesday, 30 December 2009

HANSARD PARLIMEN

Petanyaan Lisan
Daripada: YB Dr. Lo'lo' binti Mohamad Ghazali [Titiwangsa]
Tarikh : 30 November 2009
Soalan no. 8:
Minta Perdana Menteri menyatakan mengapakah JAWI tidak membenarkan sekolah-sekolah tahfiz dan sekolah agama atau SRI swasta mengadakan kurikulum bersepadu antara Al-Quran, mata pelajaran diniyyah dan mata pelajaran akademik serta apakah landasan prinsip ini.
Jawapan: [YB Dato' Dr. Mashitah Ibrahim, Timb. Menteri di Jabatan Perdana Menteri]
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kenyataan bahawa JAWI tidak membenarkan sekolah-sekolah tahfiz dan sekolah agama atau Sekolah Rendah Islam (SRI) swasta mengadakan kurikulum bersepadu antara Al-Quran, mata pelajaran diniyyah dan mata pelajaran akademik adalah tidak benar. Malah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak pernah menghalang mana-mana sekolah agama atau sekolah tahfiz swasta untuk melaksanakan sistem integrasi kurikulum bersepadu akademi dan diniyyah.
Setakat ini, terdapat 19 buah sekolah agama/ institut tahfiz persendirian yang berdaftar dengan JAWI yang melaksanakan kurikulum secara bersepadu dengan mengintegrasikan antara kurikulum sekolah kebangsaan (akademik) dan kurikulum pendidikan Islam (diniyyah). Oleh itu tidak timbul isu yang menyatakan bahawa JAWI tidak membenarkan sekolah agama atau sekolah tahfiz swasta melaksanakan kurikulum berkenaan.
sekian, terima kasih.

Tuesday, 29 December 2009

Sekatan bantuan: Pemuda PAS akan adakan demo bantah Mesir

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengadakan demonstrasi bagi menyerahkan satu memorandum bantahan kepada Kedutaan Mesir pada Jumaat, 8 Januari, 2010 selepas solat jumaat di Masjid Tabung Haji, Jalan Ampang.

Ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan berkata, demonstrasi berkenaan sebagai menunjukkan bantahan keras terhadap tindakan kerajaan Mesir yang tidak memberi kebenaran dan laluan kepada Viva Palestina Convoy 3 untuk meneruskan perjalanan bantuan ke Gaza.

Konvoi yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign tersebut kini tersekat di Aqaba, Jordan setelah disekat masuk oleh kerajaan Mesir.

Kerajaan Mesir telah menyekat deligasi sukarelawan tersebut yang diterajui oleh ahli Parlimen Britain, George Galloway yang telah berjaya mengumpulkan lebih dari 240 ambulan dan kenderaan pelbagai jenis untuk menghantar bantuan ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan ke Gaza.

Rombongan ini telah bertolak dari London pada 05 Disember 2009 dan merentasi jalan darat melalui benua Eropah dan sepatutnya dijadualkan sampai ke Gaza semalam sempena ulang tahun serangan biadap dan pembunuhan zalim rakyat Gaza oleh regim zionis, kerajaan haram Isreal.

Sehubungan itu, Pemuda PAS berharap agar seluruh rakyat Malaysia terdiri dari muslim dan non-muslim serta seluruh badan bukan kerajaan (NGO) yang cintakan keamanan dapat bersama hadir membantah tindakan Kerajaan Mesir menghalang Viva Palestina Convoy 3 yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign agar dapat meneruskan perjalanan memasuki Gaza.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Ghazali kesal dengan sikap berdiam diri Kementerian Luar Negeri berhubung sekatan Kerajaan Mesir itu.

Beliau dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Harakahdaily berkata, PAS mesti membuat bantahan rasmi terhadap kementerian berkenaan berhubung isu ini kerana ianya melibatkan nyawa umat Islam di Palestin.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23900:sekatan-bantuan-pemuda-pas-akan-adakan-demo-bantah-mesir&catid=1:utama&Itemid=50

KALENDAR 2010/ 1431H - tempah sekarang!!!

Kalendar 2010/1431H langsung ke rumah anda [macam kalendar kuda yang kita suka sangat guna] tapi yang ini very Islamic, tak ada unsur judi, cantik, font besar & jelas. Setiap satu RM 10, membeli sambil beramal kerana ia dikeluarkan oleh LKKPP & NGO BAKP (dua kalendar versi berlainan). Sila bank in duit dalam bank CIMB 14410005980052 (Dr. Lo’lo’)

**Untuk tempahan dari luar Malaysia, minimum ialah sebanyak 5 naskah & kos pengeposan akan dikenakan.

Kalendar Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP)
Kalendar Badan Kami Prihatin (BAKP)